Kopi Masin
Posted in Inspirasi Hidup
Mereka duduk di kedai kopi yang bagus, si gadis terlalu gementar untuk berkata apa-apa, si gadis berasa tidak selesa dan berfikir, 'Tolonglah, biarlah saya pulang ke rumah ..'
Tiba-tiba si jejaka meminta kepada pelayan, "Boleh berikan saya sedikit garam? Saya ingin meletakkan dalam kopi saya."
Semua orang merenung kepadanya, sangat pelik! Muka si jejaka bertukar menjadi merah, tetapi tetap dia meletakkan garam dalam kopi dan minum. Si gadis bertanya kepadanya ingin tahu, "Mengapa anda mempunyai hobi ini?"
Si jejaka menjawab, "Ketika saya masih kecil, saya tinggal berhampiran laut, saya suka bermain di laut, saya dapat merasakan rasa laut, seperti rasa kopi masin. Kini setiap kali saya minum kopi masin, saya sentiasa memikirkan zaman kanak-kanak saya, memikirkan kampung halaman saya, saya sangat rindukan kampung saya, saya rindukan ibu bapa saya yang masih tinggal di sana."
Ketika mengatakan ayat itu air mata memenuhi matanya. Si gadis amat terharu.
Itulah perasaan sebenarnya, dari dasar hati dia. Seorang lelaki yang boleh memberitahu kerinduan kampung halaman, dia mestilah seorang lelaki yang mencintai rumah, mengambil berat tentang rumah, merasai tanggungjawab terhadap rumah ..
Kemudian si gadis juga mula bercerita, bercerita tentang kampung halamannya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya. Itu adalah satu cerita yang benar-benar baik, juga satu permulaan yang indah dari kisah mereka.
Mereka meneruskan perhubungan. Si gadis mendapati bahawa si jejaka sebenarnya adalah seorang lelaki yang memenuhi semua tuntutannya; dia mempunyai toleransi, sangat baik hati, mesra, cermat. Dia merupakan seorang yang baik tetapi si gadis hampir terlepas akan dia! Terima kasih kepada kopi masinnya! Kemudian ceritanya adalah seperti setiap cerita cinta yang indah, puteri berkahwin dengan putera, mereka hidup dengan kehidupan yang bahagia ...
Dan, setiap kali si gadis membuat kopi untuk si jejaka, dia meletakkan sedikit garam dalam kopi, kerana dia tahu itulah cara yang si jejaka sukakan.
Selepas 40 tahun, si jejaka meninggal dunia, meninggalkan surat pada si gadis yang berbunyi:
'Sayangku, maafkanlah aku, ampunilah seumur hidupku berbohong. Ini adalah hanya satu pembohongan sahaja yang saya berkata kepada anda - Kopi Masin. Ingat kali pertama kita bertemu? Saya begitu gementar pada masa itu, sebenarnya saya mahu sedikit gula, tetapi saya berkata garam. Ia adalah sukar bagi saya untuk mengubah, jadi saya hanya biarkannya terus. Saya tidak pernah terfikir yang ianya boleh menjadi permulaan komunikasi kita!
Saya cuba untuk memberitahu anda kebenaran banyak kali dalam hidup saya, tetapi saya terlalu takut untuk berbuat demikian, kerana saya telah berjanji untuk tidak berbohong apa-apa kepada anda .. Sekarang saya dah tiada, saya takut terjadi apa-apa jadi saya memberitahu anda kebenaran: Saya tidak suka kopi masin, sesuatu yang pelik dan rasa yang teruk..
Tetapi saya telah mendapat kopi masin untuk seumur hidup saya! Sejak saya mengenali anda, saya tidak pernah berasa menyesal untuk apa-apa yang saya lakukan untuk anda. Adanya anda dengan saya adalah kebahagiaan terbesar saya untuk seumur hidup saya. Jika saya boleh hidup untuk kali kedua, masih mahu mengenali anda dan memiliki anda untuk seumur hidup saya, walaupun saya perlu minum kopi masin sekali lagi.'
Air mata si gadis membuatkan surat itu benar-benar basah.
Suatu hari, seseorang bertanya kepadanya: apa rasa kopi masin?
Ia manis. Si gadis menjawab.
Cinta bukan untuk dilupakan tetapi memaafkan, bukan untuk dilihat tetapi memahami, bukan untuk didengari tetapi menghayati, bukan untuk dibiarkan pergi tetapi menggenggam erat.
P/S:Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan berakhir dengan air mata.
0 comments: