Saturday, December 08, 2012

0

Kepada Mereka.. Yang Saya Miliki, Yang Saya Belajar

Posted in


Ketenangan ini saya perolehi hanya setelah kekocakkan yang saya alami...
Keterbukaan saya hanya setelah kesempitan yang mengundang keburukkan..
Keberjayaan saya hanya setelah kegagalan demi kegagalan yang saya tempuhi...
Kebahagiaan yang saya rasai hanya setelah kekecewaan dan kelukaan yang menghiris hati..
Kematangan yang terserlah hanya setelah kritikan demi kritikan yang saya terima...
Terukirnya senyuman ini hanya setelah menitisnya mutiara-mutiara jernih di mata saya...

Semua yang saya miliki hari ini adalah setelah apa yang saya lalui... Ianya tidak datang bergolek dan tidak pula turun mencurah dari langit tetapi ianya perlu dicari, dirasai dan dilalui dengan penuh kesabaran.

Bermula daripada seorang yang TERGOPOH-GAPAH saya belajar menjadi seorang PENYABAR..
Bermula daripada seorang yang PENDENDAM saya belajar menjadi seorang PEMAAF...
Bermula daripada seorang yang KERAS HATI saya belajar menjadi seorang PENYAYANG...
Bermula daripada seorang yang BERDUKA CITA saya belajar menjadi seorang PERIANG...
Bermula daripada seorang yang JAHIL saya belajar menjadi seorang BERILMU...
Bermula daripada seorang yang LEMAH saya belajar menjadi seorang yang KENTAL...
Bermula daripada seorang yang NEGATIF saya belajar menjadi seorang yang POSITIF...

Belajar, belajar, belajar... Untuk menjadi yang baik, saya belajar menjadi yang TERBAIK.. Bukan senang tetapi untuk mengetahui sesuatu dan membuat perubahan semuanya perlu bermula dengan belajar.



Kepada mereka yang telah menolak saya, terima kasih tanpa anda saya tidak akan jatuh.
Kepada mereka yang ketawa pada saya, terima kasih tanpa anda saya tidak akan menangis.
Kepada mereka yang tidak boleh menyukai saya, terima kasih tanpa anda saya tidak akan kenali cinta sebenar.
Kepada mereka yang menyakiti perasaan saya, terima kasih tanpa anda saya tidak akan merasainya.
Kepada mereka yang meninggalkan saya keseorangan, terima kasih tanpa anda saya tidak akan menemui diri saya,

Tetapi bagi mereka yang fikir saya tidak boleh melakukannya - ini adalah untuk anda, untuk saya mengucapkan terima kasih kerana kebanyakan tanpa anda saya tidak akan mencuba.



P/S: Semua orang sentiasa berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tiada seorang pun yang berfikir untuk mengubah diri sendiri.. Masih belajar dan akan terus belajar...

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comments:

Followers