Tuesday, July 10, 2012

0

Hidup Berprinsip

Posted in


Sebuah bot berlabuh di perkampungan kecil nelayan Mexico.

Seorang pelancong memuji nelayan tempatan tentang kualiti ikan mereka dan bertanya berapa lama ia mengambil masa untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

"Tidak berapa lama." mereka menjawab secara serentak.

"Kenapa anda tidak keluar lebih lama dan menangkap lebih?"

Nelayan menerangkan bahawa tangkapan mereka kecil yang hanya mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka dan keluarga mereka.

"Tetapi apa yang anda lakukan dengan masa anda yang lain?"


Philosophy of Life


"Kami bangun lewat, memancing sedikit, bermain dengan anak-anak kami, dan bergurau-senda dengan isteri-isteri kami. Pada sebelah malam, kami pergi ke kampung untuk bertemu kawan-kawan kami, sambil minum-minum, bermain gitar, dan menyanyi beberapa lagu."

"Kami mempunyai aktiviti yang padat."

Pelancong menyampuk,

"Saya mempunyai MBA dari Harvard dan saya boleh membantu anda! Anda harus bermula dengan memancing lebih lama setiap hari. Anda kemudiannya boleh menjual lebihan ikan yang anda tangkap. Dengan hasil tambahan, anda boleh membeli sebuah bot lebih besar."

"Dan selepas itu?"

"Dengan wang tambahan itulah akan mendapat bot yang lebih besar, anda boleh membeli yang kedua dan yang ketiga dan sebagainya sehingga anda miliki kelasi di seluruh pukat tunda. Daripada menjual ikan anda kepada orang tengah, anda kemudiannya boleh berunding terus dengan kilang-kilang pemprosesan dan mungkin juga membuka kilang anda sendiri.

Anda boleh meninggalkan kampung kecil ini dan berpindah ke Mexico City, Los Angeles, atau bahkan New York City!

Dari situ anda boleh teruskan perusahaan baru anda yang sangat besar."

"Berapa lama masa yang akan diambil?"

"Dua puluh, mungkin juga dua puluh lima tahun." sambut pelancong.

"Dan selepas itu?"

"Kemudian? Baik sahabat saya, nampaknya anda sekarang benar-benar tertarik," jawab pelancong, ketawa. "Bila perniagaan anda telah menjadi betul-betul besar, anda boleh mula jual beli saham dan membuatkannya berjuta-juta!"

"Berjuta-juta? Betulkah? Dan selepas itu?" tanya nelayan-nelayan tersebut.

"Selepas itu anda boleh bersara, hidup dalam satu kampung kecil berhampiran pantai, bangun lewat, bermain dengan anak-anak anda, menangkap beberapa ikan, sambil tidur petang dengan isteri anda dan menghabiskan waktu malam anda dengan menikmati minuman bersama sahabat anda."

"Dengan segala hormatnya tuan, tetapi itulah sebenarnya apa yang kami lakukan sekarang. Jadi apa gunanya mensia-siakan dua puluh lima tahun?" tanya orang-orang Mexica.



Dan moral cerita ini adalah:
Dengan mengetahui di mana hala tuju hidup anda, anda sudah boleh berada di sana! Berapa banyak masa pun dalam hidup, wang bukan segala-galanya.
 

'Hidupkan kehidupan anda sebelum kehidupan itu menjadi mati.'



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comments:

Followers