Friday, July 13, 2012

0

41 Nasihat Agama Yang Berguna

Posted in


1. Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

2. Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

3. Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

4. Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

5. Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

6. Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

7. Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

8. Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

9. Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

10. Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

11. Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

12. Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

13. Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

14. Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

15. Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

16. Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

17. Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

18. Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

19. Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

20. Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

21. Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

22. Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

23. Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

24. Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.

25. Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

26. Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

27. Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

28. Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

29. Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

30. Jagalah lidah kamu.

31. Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

32. Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

33. Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

34. Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

35. Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

36. Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

37. Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

38. Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

39. Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

40. Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

41. Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikan kepada mereka.


religious advice useful



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comments:

Followers