Tuesday, June 05, 2012

0

Si Pasu Retak

Posted in


the cracked pot


Seorang pembawa air di India mempunyai dua pasu besar, setiap pasu digantung pada hujung kiri dan kanan sebatang kayu yang mana kemudiannya dia memikul dengan melintangkan kayu itu di lehernya.

Salah satu daripada pasu tersebut sempurna buatannya dan tidak pernah bocor. Manakala pasu yang lain mempunyai satu rekahan di dalamnya dan apabila Si Pembawa Air tiba di rumah tuannya, pasu tadi telah membocorkan banyak air dan hanya tinggal separuh sahaja.

Sudah tentu pasu sempurna berbangga dengan pencapaiannya. Tetapi pasu buruk yang retak malu dengan ketidaksempurnaan sendiri, dan sedih bahawa ia hanya mampu mencapai separuh daripada apa yang sepatutnya ia lakukan.

Selepas dua tahun, apa yang diterima sebagai kegagalan pahit, ia bercakap dengan Si Pembawa Air pada suatu hari di tepi sungai.

   "Saya malu dengan diri sendiri dan saya mahu meminta maaf kepada anda."

   "Mengapa?" Tanya Si Pembawa Air.

   "Apa yang anda malukan?" Sambung Si Pembawa Air lagi.

   "Saya telah berupaya, untuk dua tahun ini menyampaikan hanya separuh beban saya... 
   Kerana retak di sebelah saya ini, menyebabkan air mengalir keluar sepanjang jalan balik 
   ke rumah tuan anda.
 

   Kerana kecacatan saya, anda perlu melakukan semua kerja ini, dan anda tidak dapat nilai 
   penuh daripada usaha anda." Jawab pasu itu.

Si Pembawa Air berasa kasihan untuk pasu lama yang retak, dan dalam belas kasihan itu dia berkata,

   "Ketika kita kembali ke rumah tuan nanti, saya mahu anda perhatikan bunga-bunga 
    indah di sepanjang jalan itu."

Sesungguhnya, ketika mereka menaiki bukit, pasu lama yang retak mengambil perhatian terhadap bunga-bunga liar yang cantik disimbahi cahaya matahari di sebelah laluan dan ia bersorak keriangan beberapa kali.

Tetapi di akhir perjalanan, pasu tadi masih berasa susah hati kerana ia telah membocorkan separuh beban, maka sekali lagi ia memohon maaf kepada pembawa untuk kegagalannya.

Si Pembawa berkata kepada pasu tersebut,

   "Adakah anda perasan bahawa terdapat bunga-bunga hanya di sebelah laluan anda, 
   tetapi tidak di laluan pasu lain? Ini kerana saya sentiasa mengetahui tentang kecacatan 
   anda, dan saya mengambilnya sebagai kelebihan.

   Saya menanam benih-benih bunga di sebelah laluan anda dan setiap hari kita berjalan 
   balik dari sungai, anda telah menyirami mereka. Selama dua tahun ini saya dapat memilih 
   bunga-bunga cantik menghiasi meja tuan saya.

   Tanpa anda dan hanya melalui cara anda, dia tidak akan mempunyai keindahan ini untuk 
   menghiasi rumahnya."

Setiap daripada kita mempunyai kelemahan yang tersendiri. Kita semua adalah pasu-pasu yang retak, tetapi jika kita menerimanya...
Tuhan akan menjadikan dan menggantikan kekurangan itu satu kelebihan dengan nikmat kurniaannya.

Jangan takut dengan kelemahan anda. Akuinya dan anda juga boleh jadi punca kecantikkan.
Ketahuilah bahawa dalam kelemahan kita, kita akan menemui kekuatan kita.



P/S: Jangan bersedih kerana bunga-bunga mawar anda berduri, sebaliknya bergembiralah kerana duri anda mempunyai bunga-bunga mawar.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comments:

Followers