Monday, May 07, 2012

0

Insan Yang Ku Sayang

Posted in


Kepada insan yang ku sayangi dan ku rindui selalu,

Maaf andainya kau pernah terluka.
Maaf andainya aku tidak menghargai kehadiranmu suatu ketika dahulu.
Bagaimana harusku jelaskan padamu?
Kalaulah kau mengerti perasaan dan hati ini...

Insan yang ku sayang,

Andainya benar kata yang pernah kau lafazkan,
maafkan aku kerana tidak dapat membalasnya...
Andainya benar kau mempunyai perasaan itu,
maaf kerana tidak menghargainya..

Insan yang ku sayang,

Ketahuilah...,
Hati ini yang sebenarnya...
Aku terlalu mengharapkan kehadiranmu.
Aku terlalu ingin kau sentiasa disampingku.
Menemani diri ini, meniti hari-hari...

Insan yang ku sayang,

Akukah yang terlewat untuk merebut hatimu?
Atau.., kau yang terlalu cepat menyerah?
Adakah sayangmu benar-benar wujud untukku suatu ketika dahulu?
Atau..., hanya aku yang terlalu mengharap di sudut hatiku?

Insan yang ku sayang,

Biar apa pun jawapanmu, hanya kau yang tahu,
hanya kau yang milikinya...
Padaku yang ada hanyalah rasa sayang padamu,
yang wujud setelah kau jauh...

Insan yang ku sayang,

Kau telah jauh.., biar kita masih bertentang mata.
Apa lagi yang ada?
Hanya kenangan, kenangan bersamamu dahulu...
Itu sahaja yang tinggal buat diriku.
Biarlah kenangan itu menjadi milikku...

It's Too Late

Insan yang ku sayang,

Kini..., kau telah ada insan lain.
Insan yang dapat menyayangi dirimu sepenuhnya.
Insan yang dapat membahagiakan dirimu, juga menghargaimu.
Dan aku..? Biarlah aku yang tentukan hidupku..

Insan yang ku sayang,

Sekali lagi ku pohon maaf,
Maaf kerana masih menyimpan sayang dan rindu padamu.
Sesungguhnya aku tidak mampu untuk membuangnya.
Maafkan aku...

Insan yang ku sayang,

Andainya jawapanmu pada persoalanku adalah..,
perasaan itu tidak pernah wujud...
Inginku bertanya, apa makna kata yang pernah kau lafazkan?
Apa makna sikapmu terhadapku?

Insan yang ku sayang,

Apa pun aku rela seandainya aku bertepuk sebelah tangan.
Apa boleh aku lakukan?
Sudah ditakdirkan aku terlanjur menyayangi dirimu...

Insan yang ku sayang,

Semoga kau berbahagia dengan pilihanmu.
Aku tahu dia adalah seorang insan yang baik.
Pertama kali aku mengetahui hubungan kalian,
aku terharu...

Akhirnya kau memilih insan lain dalam hidupmu.
Kau dapat menemui pilihan hatimu.
Aku terharu kegembiraan.
Namun, kepedihan tetap bertandang...

Insan yang ku sayang,

Dalam kesukaran..., aku rela dan aku redha...
Kau bukan ditakdirkan untukku
Biarlah kemesraan yang singkat itu;
menjadi memori yang paling indah dalam hidupku
yang tak mungkin aku lupakan

Akan ku simpan di sudut hatiku yang dalam..
Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih kerana pernah menyinari hidupku..
Biarpun hanya sementara..



P/S: Peluang yang datang hanya sekali. Namun itu bukan bererti ia tidak wujud lagi. Selagi masih ada hari esok selagi itu masih ada harapan dan masih wujudnya peluang. Jika hari ini peluang untuk mendapat kekasih hati musnah, mana tahu esok kita mendapat permata hati yang lebih baik. Apa pun buatlah pilihan yang tepat. Kerana pilihan itu hanya sekali sahaja, jika kita bijak memilih, maka beruntunglah. Jika tidak, menyesallah seumur hidup. Untuk mendapatkan pilihan yang tepat pohonlah pada-Nya. Tidak akan sia-sia.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comments:

Followers